Karbin

Seorang Pasukan Keselamatan dari Pengawal Kebangsaan Udara Ohio melepaskan tembakan dengan menggunakan karbin M4 (versi pendek dan ringan bagi raifal M16A2) semasa latihan menembak sasaran, 2017

Karbin (/ˈkɑːrbn/ atau /ˈkɑːrbn/)[1] adalah sepucuk long gun yang mana larasnya dipendekkan daripada panjang asalnya.[2] Kebanyakan karbin moden merupakan sebuah versi kompak bagi raifal panjang standard atau raifal yang diubahsuai untuk peluru yang kurang berkuasa.

Karbin dengan saiz yang lebih kecil dan ringan menjadikan ia lebih mudah untuk digunakan. Ia biasanya diberi kepada trup mobiliti tinggi seperti anggota operasi khas dan anggota payung terjun, selain kepada anggota-anggota artileri, logistik atau bukan infantri lain yang mana peranan mereka tidak memerlukan raifal bersaiz standard. Walaubagaimanapun, terdapat kecenderungan yang semakin meningkat untuk karbin diberikan kepada anggota-anggota barisan hadapan bagi mengimbangi peningkatan berat peralatan-peralatan lain. Contoh bagi keadaan ini adalah karbin M4 kepada anggota Tentera Darat Amerika Syarikat yang mana merupakan pemberian standard. Sepucuk senjata api tidak memerlukan sebuah stock atau "pendakap lengan" untuk dianggap sebagai sepucuk karbin.

  1. ^ "Carbine". Dictionary.com. Dicapai pada October 8, 2014.
  2. ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Carbine". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.

Developed by StudentB