Kartunis

Kartunis atau pelukis kartun adalah orang yang melukis kartun. Karya kartunis lebih mempertengahkan jenaka terutama untuk tujuan hiburan. Banyak melukis kartun dari berbagai panel tunggal dan diterbitkan di media cetak daripada pelbagai jenis, contohnya, di majalah seperti majalah Gila-Gila, majalah Ujang, Apo?, Gempak dan Utopia.

Kartunis boleh bekerja dalam pelbagai format: kartun editorial, komik, buku komik, novel grafik atau animasi. Secara tradisinya kartunis menghasilkan lakaran kasar kepada gambar pensil yang telah siap dan kemudian menyelesaikan karya seni dengan mengunakan dakwat pen hitam atau menggunakan berus.

Hari ini, kartunis semakin banyak bekerja di media digital.

Istilah kartunis datang daripada perkataan Inggeris, cartoonist yang bermaksud pelukis kartun. Selain kartunis, istilah pelukis komik turut digunakan. Istilah 'pelukis komik' selalunya digunakan untuk mereka yang mengkaryakan komik.


Developed by StudentB