Kawasan pilihan raya di Malaysia

Kawasan pilihan raya di Malaysia (atau dalam penggunaan rasmi, Bahagian Pilihan Raya) adalah pembahagian pilihan raya yang diwakili di peringkat Persekutuan dalam Dewan Rakyat dan peringkat Negeri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sempadan bahagian pilihan raya tidak semestinya tertakluk pada sempadan bahagian pentadbiran seperti daerah dan mukim. Kerusi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan (atau Kerusi Parlimen) diwakili tanda P.xxx manakala kerusi Bahagian Pilihan Raya Negeri (atau kerusi DUN) diwakili tanda N.xx.

Sehingga tahun 2020, terdapat 222 kerusi Parlimen dan juga 600 kerusi DUN secara keseluruhannya. Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ini telah diwartakan setelah proses persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2018.


Developed by StudentB