Kebebasan |
Konsep |
---|
Bidang |
Jenis |
Berhimpun |
Sebahagian daripada siri |
Liberalisme |
---|
Kebebasan secara amnya difahami sebagai satu istilah yang menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri.
Seseorang yang berpegang kepada fahaman individualisme dan liberalisme menerima kebebasan sebagai ketiadaan paksaan atau ugutan luar. Sosialisme pula memahami kebebasan sebagai pembahagian kuasa yang samarata di dalam masyarakat dengan mengatakan bahawa kebebasan tanpa kesamarataan adalah serupa dengan penjajahan oleh mereka yang berkuasa.
Karya John Stuart Mill yang bertajuk On Liberty adalah yang pertama mengenali perbezaan di antara kebebasan untuk bertindak dan kebebasan dari paksaan. Isaiah Berlin telah mengelaskan perbezaan tersebut dari dua sudut yang berbeza, iaitu kebebasan positif dan negatif. Di dalam Two Concepts of Liberty yang ditulis oleh Berlin, beliau menyatakan bahawa kebebasan negatif adalah satu keadaan di mana seseorang individu terpelihara daripada kezaliman dan penggunaan kuasa secara berlelusa tanpa batas. Kebebasan positif pula berkait rapat dengan hak-hak sivil.
Mill memberikan pandangan yang cukup tajam tentang kezaliman lembut[1] dan kebebasan bersama[2] dengan menerangkan konsep harm principle.[3] Kefahaman tentang konsep-konsep ini adalah sangat penting apabila seseorang membicarakan tentang kebebasan kerana semua ini membina satu idea tentang kebebasan sebagai satu falsafah. Dari sudut falsafah, moral harus mengatasi kezaliman di dalam segala bentuk kerajaan. Jika tidak, rakyat akan membentuk satu masyarakat yang berasaskan satu sistem yang mundur, tidak terurus dan penuh dengan kegagalan.