Kebendaliran lampau (Inggeris: superfluidity) ialah satu keadaan jirim di mana jirim berperilaku seperti bendalir dengan sifar kelikatan. Fenomena ini pertama kali diperhatikan dalam helium cecair dan kini, ia mempunyai kegunaan bukan sahaja dalam teori helium cecair, malahan juga dalam astrofizik, fizik bertenaga tinggi dan teori graviti kuantum. Fenomena ini berkaitan, tetapi tidak serupa, dengan pemeluwapan Bose-Einstein: tidak semua hasil pemeluwapan Bose-Einstein boleh dianggap sebagai bendalir lampau, dan tidak semua bendalir lampau adalah hasil pemeluwapan Bose-Einstein.