Kekilauan suria

Evolusi kekilauan suria, jejari dan suhu berkesan berbanding Matahari masa kini. Sempena Ribas (2010)[1]

Kekilauan suria (Jawi: ككيلاوان سوريا; L) ialah unit fluks sinaran (kuasa yang dipancarkan dalam bentuk foton) yang digunakan secara konvensional oleh ahli astronomi untuk mengukur kekilauan bintang, galaksi dan objek angkasa lain dari segi keluaran Matahari.

Satu kilauan suria nominal ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa ialah 3.828×1026 W.[2] Matahari ialah bintang berubah lemah, dan oleh itu kekilauannya yang sebenar berubah-ubah.[3] Turun naik utamanya ialah kitaran suria sebelas tahun (kitaran tompok matahari) yang menyebabkan variasi kuasi-berkala kira-kira ±0.1%. Variasi lain dalam tempoh 200–300 tahun yang lalu dianggap lebih kecil daripada ini.[4]

  1. ^ Ribas, Ignasi (February 2010), "The Sun and stars as the primary energy input in planetary atmospheres" (PDF), Solar and Stellar Variability: Impact on Earth and Planets, Proceedings of the International Astronomical Union, IAU Symposium, 264, m/s. 3–18, arXiv:0911.4872, Bibcode:2010IAUS..264....3R, doi:10.1017/S1743921309992298
  2. ^ "Resolution B3 on recommended nominal conversion constants for selected solar and planetary properties" (PDF). International Astronomical Union. 2015. Dicapai pada 5 June 2018.
  3. ^ Vieira, L. E. A.; Norton, A.; Dudok De Wit, T.; Kretzschmar, M.; Schmidt, G. A.; Cheung, M. C. M. (2012). "How the inclination of Earth's orbit affects incoming solar irradiance" (PDF). Geophysical Research Letters. 39 (16): L16104 (8 pp.). Bibcode:2012GeoRL..3916104V. doi:10.1029/2012GL052950. insu-01179873.
  4. ^ Noerdlinger, Peter D. (2008). "Solar Mass Loss, the Astronomical Unit, and the Scale of the Solar System". Celestial Mechanics and Dynamical Astronomy. 801: 3807. arXiv:0801.3807. Bibcode:2008arXiv0801.3807N.

Developed by StudentB