Kelantan

Kelantan
Klatè
Kelantan Darul Naim
کلنتن دار النعيم
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiکلنتن
 • Tulisan Thaiกลันตัน (Klạntạn)
กือลาแต (Kụ̄x lātæ)
 • Tulisan Cina吉兰丹 atau 吉蘭丹
(Jí lán dān)
Nama panggilan: Negeri Cik Siti Wan Kembang
Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga
Cogan kata: "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"
برسره کڤد توهن کراجاءن کلنتن‎
Lagu: Selamat Sultan
   Kelantan di    Malaysia
Koordinat: 5°15′N 102°0′E / 5.250°N 102.000°E / 5.250; 102.000Koordinat: 5°15′N 102°0′E / 5.250°N 102.000°E / 5.250; 102.000
Ibu negeriKota Bharu
Bandar dirajaKubang Kerian
Pentadbiran
 • JenisParlimen Islamik & Raja berperlembagaan
 • Al-SultanSultan Muhammad V
 • Menteri BesarMohd Nassuruddin Daud (PN-PAS)
Keluasan
 • Jumlah15,040 km2 (5,810 batu persegi)
Aras tertinggi2,183 m (7,162 ft)
Penduduk
 (2021)[2]
 • Jumlah1,812,300
 • Kepadatan120/km2 (310/batu persegi)
 • Kumpulan etnik
96.6% Melayu
3.6% Cina
0.5% India
0.6% lain-lain
 • Demonim
Oghe Klaté
Sek Klaté
Bahasa
 • RasmiBahasa Melayu
 • Pertuturan
Penubuhan
 • Dibawah Kerajaan Pattani[3]1650
 • Naungan Siam[3]November 1786
 • Kesultanan Kelantan moden[4]1800
 • Diserahkan kepada British[4]9 Julai 1909
 • Pendudukan Jepun[4]8 Disember 1941
 • Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu[5]1 Februari 1948
 • Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu[6]31 Ogos 1957
 • Membentuk Persekutuan Malaysia[7]16 September 1963
Poskod kebangsaan
15xxx hingga 18xxx
Kod panggilan09
Kod ISO 3166MY-03
Pendaftaran kenderaanD
IPM (2022)0.752 (tinggi) (ke-16)
KDNK (2021)RM25.8 bilion
KDNK per kapita (2021)RM14,683
Laman sesawangwww.kelantan.gov.my

Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم) atau nama pendeknya Kelantan (sebutan tempatan: Klatè, Dengari/klɑːˈtɛ/) merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Mempunyai keluasan lebih kurang 15,040 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan wilayah Narathiwat, Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Kelantan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM7,985 pada tahun 2006, iaitu kira-kira sebahagian kecil daripada negeri lain seperti Selangor dan Pulau Pinang.[8] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Kelantan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM13,593 pada 2017.[9]

Berdasarkan pada Statistik Penduduk Suku ke-4 2019, Kelantan mempunyai seramai 2,000,000 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar iaitu sebanyak 96%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 96% daripada penduduk Kelantan beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%. Kelantan merupakan antara negeri yang mempunyai peratus penduduk Melayu yang tinggi selain Terengganu iaitu sebanyak 96% berbanding negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung.

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011. Dicapai pada 24 January 2011.
  2. ^ "Bilangan Penduduk dan Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan Mengikut Negeri Malaysia". Department of Information, Ministry of Communications and Multimedia, Malaysia. 2020.
  3. ^ a b http://studentsrepo.um.edu.my/835/5/BAB_2.pdf
  4. ^ a b c Ismail, Hafawati (2015). Kuih Dan Manisan Kelantan: Langkah Demi Langkah. ISBN 9789678605694.
  5. ^ "Federation of Malaya is inaugurated – Singapore History". eresources.nlb.gov.sg.
  6. ^ "Official Portal of Malaysia National Archives". Arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2018. Dicapai pada 2018-08-18.
  7. ^ "Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia". www.arkib.gov.my.
  8. ^ http://umkeprints.umk.edu.my/209/1/Paper%202.pdf
  9. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=d21BMHFxZFBIcFlCNExIYUQ1cE92Zz09

Developed by StudentB