Kelapa sawit | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | E. guineensis
|
Nama binomial | |
Elaeis guineensis | |
Sinonim[2] | |
Kelapa sawit (Jawi: کلاڤ ساويت ) atau kelapa bali[3] ialah sejenis pokok palma daripada keluarga Arecaceae yang ditanam untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak daripada isirong dan buahnya. Pokok kelapa sawit terdiri daripada dua spesies: kelapa sawit Afrika (nama botani: Elaeis guineensis)[3] yang berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, dan kelapa sawit Amerika (nama botani: Elaeis oleifera) yang berasal daripada Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Pokok kelapa sawit ditanam di pesisiran selatan Afrika Barat menghadap lautan Atlantik. Penggunaan buah pokok ini dibuktikan seawal 5 alaf di Mesir Purba; ahli-ahli arkeologi pada lewat 1800-an menemukan minyak kelapa sawit dalam sebuah makam di Abydos seawal 3000 SM.[4]
Buah kelapa sawit menghasilkan lebih banyak minyak per unit keluasan tanah daripada tumbuhan penghasil minyak lain (kira-kira sembilan kali lebih daripada kacang soya dan 4.5 kali lebih daripada biji sesawi).[5] Ia adalah tanaman utama di Malaysia pada masa kini. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti oleh Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah di Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil.