Kemboja

Kerajaan Kemboja
كراجاءن كمبوجا
ព្រះរាជាណាចក្រកម្ពុជា
Preăh Réachéanachâkr Kâmpŭchea
Bendera Kemboja
Jata Kemboja
Bendera Jata
Cogan kataជាតិ សាសនា ព្រះមហាក្សត្រ
Chéatĕ, Sasânéa, Preăh Môhaksâtr
"Bangsa, Agama, Raja"
Lagu kebangsaanNokoreach
Lokasi Kemboja
Ibu negara
dan bandar terbesar
Phnom Penh
Bahasa rasmiBahasa Khmer
KerajaanRaja Berperlembagaan
• Raja
Norodom Sihamoni
Hun Manet
Keluasan
• Jumlah
181,035 km2 (69,898 bt2) (88)
• Perairan (%)
2.5
Populasi
• Perkiraan 2013
15,205,539[1] (65)
• Bancian Penduduk 2008
13,388,910[2]
81.8/km2 (211.9/sq mi) (118)
KDNK (PPP)2013
• Jumlah
$43.20 billion[3]
$2,776[3]
KDNK (nominal)2013
•  Jumlah
$17.25 bilion[3]
$1,108[3]
Gini (2007)43[4]
sederhana
HDI (2013) 0.584[5]
sederhana · 136
Mata wangRiela
(KHR)
Zon waktu()
Arah memandukanan
Kod panggilan+855
Kod ISO 3166KH
DPT internet.kh
  1. Mata wang de facto adalah dolar Amerika Syarikat.[6]
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "national flower"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"

Kemboja (Khmer: កម្ពុជា, Kampuchea) atau nama rasminya Kerajaan Kemboja (Khmer: ព្រះរាជាណាចក្រកម្ពុជា, Preăh Réachéanachâkr Kâmpŭchéa) ialah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Jumlah keluasan tanahnya 181,035 kilometer persegi. Ia bersempadan dengan Thailand di barat laut, Laos di timur laut, Vietnam di timur, dan Teluk Thailand di barat daya. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya Phnom Penh, iaitu pusat politik, ekonomi dan kebudayaan negara tersebut.

Dengan seramai 15 juta penduduk, Kemboja merupakan negara ke-69 paling ramai penduduknya di dunia. Agama rasminya adalah agama Buddha aliran Theravada yang dianuti oleh kira-kira 95 peratus penduduknya. Antara kaum minoriti negara Kemboja adalah orang-orang Vietnam, Cina, Cham, dan 30 suku hulu.[7] Negara raja berperlembagaan ini dinaungi oleh Norodom Sihamoni, iaitu raja yang terpilih selaku ketua negara oleh Majlis Takhta Diraja. Ketua kerajaan pula adalah Hun Sen yang kini merupakan pemimpin bukan raja yang paling lama berkhidmat di Asia Tenggara dan telah memerintah Kemboja selama lebih 25 tahun.

Pada tahun 802 M, Jayavarman II menobatkan dirinya sebagai raja dan menandakan permulaan Empayar Khmer yang mekar selama lebih 600 tahun, membolehkan raja demi raja menakluki sebahagian besar wilayah Asia Tenggara di samping mengaut kuasa dan kekayaan yang teramat. Kerajaan keindiaan ini meninggalkan kuil-kuil tersergam dan bersejarah seperti Angkor Wat yang kini merupakan Tapak Warisan Dunia, serta memudahkan penyebaran agama Hindu disusuli agama Buddha ke sebahagian besar Asia Tenggara. Setelah jatuhnya Angkor ke tangan Ayutthaya pada abad ke-15, Kemboja diperintah sebagai negeri lindungan di kalangan jiran-jirannya.

Kemboja menjadi naungan Perancis pada tahun 1863, kemudian merdeka pada 1953. Perang Vietnam melimpahi Kemboja ketika Khmer Rouge merampas Phnom Penh pada 1975 lalu menjalankan Genosid Kemboja hingga tahun 1979 apabila mereka digulingkan oleh Vietnam dan kemudian menentang pemerintahan Republik Rakyat Kampuchea yang disokong oleh Vietnam dalam Perang Kemboja–Vietnam (1979-1991). Ekoran Perjanjian Damai paris 1991 Kemboja ditadbir sementara oleh sebuah misi Bangsa-Bangsa Bersatu (1992-1993). PBB berundur setelah mengadakan pihihan raya yang disertai oleh sekitar 90 peratus pengundi berdaftar. rampasan kuasa pada tahun 1997 meletakkan kuasa mutlak kepada Perdana Menteri Hun Sen dan Parti Rakyat Kemboja yang masih berkuasa setakat tahun 2015.

Kemboja merupakan sebuah "negeri pasaran bebas sedikit komunis dengan kerajaan campuran agak autoritarian yang memerintah negara demokrasi superfisial."[8] Negara ini berdepan dengan banyak cabaran dan isu sosiopolitik, termasuklah kemiskinan berleluasa,[9] amalan rasuah berleluasa,[10] kurangnya kebebasan berpolitik,[11] pembangunan insan rendah,[12] dan kadar kelaparan yang tinggi.[13][14][15]

Biarpun rendah pendapatan, namun ekonomi Kemboja mencatatkan rekod pertumbuhan terbaik di Asia dengan purata pertumbuhan sebanyak 6 peratus dalam sedekad yang lalu. Sektor ekonomi paling utamanya masih pertanian di samping pertumbuhan sihat dalam industri tekstil, pembinaan, pakaian dan pelancongan yang menjurus kepada peningkatan pelaburan asing serta perdagangan antarabangsa.[16]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CIACB
  2. ^ Cambodian National Institute of Statistics, accessed 6 June 2012.
  3. ^ a b c d "Cambodia". International Monetary Fund. Dicapai pada 28 April 2014.
  4. ^ "Distribution of family income – Gini index". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-25. Dicapai pada 1 September 2009.
  5. ^ "Human Development Reports 2014" (PDF). United Nations. Dicapai pada 25 Julai 2014.
  6. ^ Chinese University of Hong Kong. "Historical Exchange Rate Regime of Asian Countries: Cambodia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-08. Dicapai pada 21 February 2007.
    Riel or dollar: which currency for Cambodia, in a context of crisis? Diarkibkan 2012-03-04 di Wayback Machine
  7. ^ "Cambodia to celebrate day for indigenous people near Angkor Wat". News.xinhuanet.com. Dicapai pada 15 March 2013.
  8. ^ Political Transition in Cambodia 1991-1999, by David W. Roberts, Curzon Publishers, 2001
  9. ^ "Consumerism booms as Cambodia embraces once-forbidden capitalism". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-27. Dicapai pada 28 October 2014.
  10. ^ "2013 Freedom House". Freedom House. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-07. Dicapai pada 6 April 2014.
  11. ^ "2013 Corruption Perceptions Index". Transparency International. 2013. Dicapai pada 6 April 2014.
  12. ^ "The 2013 Human Development Report – "The Rise of the South: Human Progress in a Diverse World"". HDRO (Human Development Report Office) United Nations Development Programme. m/s. 144–147. Dicapai pada 2 March 2013.
  13. ^ Welthungerhilfe, IFPRI, and Concern Worldwide: 2013 Global Hunger Index - The challenge of hunger: Building Resilience to Achieve Food and Nutrition Security. Bonn, Washington D. C., Dublin. October 2013.
  14. ^ "Cambodia's opposition leader says Australian asylum seeker deal will fund corruption". Dicapai pada 28 October 2014.
  15. ^ Orapa Chueyprasit; Chaite Naasiri (27 March 2014). "Thailand ranks 2nd in ASEAN for the best quality of life". National News Bureau of Thailand. Dicapai pada 28 March 2014.
  16. ^ Cambodia to outgrow LDC status by 2020 | Business | The Phnom Penh Post – Cambodia's Newspaper of Record. The Phnom Penh Post (18 May 2011). Retrieved on 20 June 2011.

Developed by StudentB