Negara Anggota ASEAN |
Portal Indonesia |
Kementerian Sekretariat Negara Republik Indonesia (disingkatkan kepada Setneg RI) ialah lembaga Pemerintah Pusat Indonesia yang berkedudukan di bawah dan bertanggungjawab langsung kepada Presiden Republik Indonesia. Ia ditugasi untuk memberikan dukungan kakitangan dan perkhidmatan pentadbiran kepada Presiden selaku ketua negara dalam menyelenggarakan kekuasaan pemerintahan negara.
Sekretariat Negara dipimpin oleh Menteri Sekretaris Negara yang kini dijawat oleh Prasetyo Hadi sejak 21 Oktober 2024.