Kenaikan Yesus

Naiknya Jesus ke syurga yang digambarkan oleh John Singleton Copley, 1775

Penaikan Jesus atau naiknya Jesus ke langit merupakan ajaran Kristian yang boleh dijumpai dalam Wasiat Baru, dimana Jesus yang dibangkitkan telah di bawa ke syurga (langit), dengan kehadiran sebelas orang hawari (pelajar Jesus) selepas 40 hari kejadian kebangkitan semula. Dalam naratif Bible, seorang malaikat memberitahu para hawari itu bahawa kedatangan kedua Jesus akan berlaku dalam cara yang sama dengan penaikan Jesus.[1]

Gospel berkanun termasuk dua penerangan ringkas mengenai penaikan Jesus dalam Luke 24:50-53 dan Mark 16:19. Penerangan yang lebih terperinci mengenai penaikan jasad Jesus ke dalam awan diberikan dalam Kisah Para Hawari (1:9-11).

  1. ^ "Ascension, The." Kamus Bible Macmillan. London: Collins, 2002. Credo Reference. Web. 27 September 2010. ISBN 0-333-64805-6

Developed by StudentB