Geography | |
---|---|
Location | Asia Tenggara |
Coordinates | 4°35′S 129°55′E / 4.583°S 129.917°EKoordinat: 4°35′S 129°55′E / 4.583°S 129.917°E |
Archipelago | Kepulauan Maluku |
Area | 45.6 km2 (17.6 bt2) |
Administration | |
Indonesia | |
Demographics | |
Population | 18,544 (2010) |
Pop. density | 406.7 /km2 (1,053.3 /sq mi) |
Kepulauan Banda (bahasa Inggeris: Banda Islands ) ialah sekumpulan sepuluh pulau vulkan yang terletak di Laut Banda, lebih kurang 140 km (87 bt) di selatan Pulau Seram dan lebih kurang 2,000 km (1,243 bt) di timur Pulau Jawa. Kumpulan ini membentuk sebuah daerah pentadbiran (kecamatan) di dalam Kabupaten Maluku Tengah di dalam Provinsi Maluku, Indonesia. Bandar utama dan pusat pentadbiran ialah Bandanaira, terletak di pulau yang senama. Pulau-pulau ini timbul dari lautan sedalam 4-hingga-6-kilometer (2.5 hingga 3.7 bt) dan memiliki keluasan tanah lebih kurang 45.6 kilometer persegi (17.6 bt2). Mengikut banci tahun 2010, populasi kepulauan ini adalah seramai 18,544 orang.[1] Sehingga pertengahan abad ke-19, Kepulauan Banda merupakan punca tunggal rempah buah pala dan kulit pala, yang diraih daripada pohon buah pala (Myristica fragrans).