Kepulauan Maluku (Jawi: کڤولاون مالوکو ) ialah sekelompok pulau di Indonesia yang merupakan bahagian dari Nusantara. Kepulauan Maluku terletak di plat tektonik Australia. Ia berbatasan dengan Pulau Sulawesi di sebelah barat, Papua di timur, dan Timor di sebelah selatan. Pada zaman dahulu, bangsa Eropah menamakannya "Kepulauan Rempah-Rempah" — istilah ini juga merujuk kepada sekelompok pulau di Afrika.
Sejak 1950 - 1999, Kepulauan Maluku secara pentadbiran merupakan bahagian dari Provinsi Maluku. Kabupaten Maluku Utara kemudian ditetapkan sebagai Provinsi Maluku Utara.