Kerajaan Kutai

Kerajaan Kutai atau Kerajaan Kutai Martadipura (Martapura) ialah kerajaan Hindu Kutai yang memerintah Muara Kaman, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur sekitar kurun ke-4 Masihi hingga abad ke 21 Masihi. Ketika kerajaan ini diasaskan, pakar sejarah berpendapat ia bukanlah kerajaan Hindu. Namun, penggantinya yaitu Mulawarman, menganut agama Hindu.[1]

Namun, berlaku perebutan kuasa antara Kutai Martapura dan Kutai Kartanegara dari tahun 1325-1605. Anak-anak Maharja Guna Perana Tungga mula memperjuangkan Hak Kekuasaan, manakala Dewan Nala Duta yang memegang Kerajaan di Kerajaan Kutai, ibu kota di Martapura menegaskan bahawa Maha Putri Indra Dewi tidak berhak ke atas Takhta Diraja walaupun baginda menikah dengan seorang bangsawan dari Kutai Kartenegara yang berasal dari keturunan Raja Singosari (Raja Kartanegara) dan saudara Raja Majapahit (Jawa Timur) dan Kerajaan Kutai di Martapura tidak mau tunduk kepada kekuasaan Majapahit, puncaknya terjadi saat kerajaan ini tewas di tangan Kesultanan Kutai Kartanegara. Dalam peperangan tersebut, raja terakhirnya, Maharaja Dharma Setia terbunuh di tangan Raja Kutai Kartanegara iaitu Sultan Ali Pangeran Anum Panji Mendapa, sehingga dua kerajaan di Kutai iaitu Kerajaan Kutai di Martapura Muara Kaman tidak diiktiraf oleh Kerajaan Majapahit dan Kerajaan Kutai Kartanegara di Jahitan Layar yang merupakan Negara Majapahit, perpecahan ini terus terjadi hingga abad abad 21, Kerajaan Kutai Kartanegara dipimpin oleh Aji Muhammad Arifin dan Kerajaan Kutai Martadipura dipimpin oleh Alpiansyah (Maharaja Srinala Praditha Alpiansyahrechza Fachlevie Wangsawarman).

di sini akan dibincangkan kedua-dua kerajaan ini.


Developed by StudentB