Kerajaan dunia

Kerajaan dunia (Tulisan Jawi: كراجأن دنيا) adalah konsep satu badan politik yang akan menggubal, menafsir dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa. Dengan konsep ini, semua negara-negara di dunia akan dikehendaki menyerah sebahagian atau kesemua kedaulatan mereka dalam hal-hal yang mempunyai implikasi global. Secara langsung, satu lagi tahap pentadbiran akan diwujudkan diatas kerajaan-kerajaan negara yang wujud sekarang (lihat ilustrasi). Keadaan ini berbeza dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana pentadbiran dilakukan secara sukarela oleh setiap negeri ahli, tanpa menyerahkan sebahagian atau kesemua kedaulatan mereka.

Kini, tiada lagi satu negara yang mengemukakan cadangan rasmi untuk satu kerajaan dunia. Kendatipun begitu, ada yang melihat institusi-institusi antarabangsa seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai permulaan detik sistem kerajaan dunia. Terdapat banyak visi kerajaan dunia dalam sains fiksyen.


Developed by StudentB