Keris

Keris
ꦏꦼꦫꦶꦱ꧀[n 1]
Keris terbina dari tiga bahagian utama; mata atau bilah (wilah), pangkal (hulu), dan sarungan atau kerangka (warangka)
JenisSenjata tikam
Tempat asalIndonesia (Jawa)[3][4][5]
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatanKemaharajaan Majapahit, Kerajaan Sunda, Kerajaan Singhasari, Kesultanan Demak, Kesultanan Mataram, Kasultanan Ngayogyakarta Hadiningrat, Kasunanan Surakarta, Kesultanan Melaka, Kesultanan Brunei, dan Indonesia masa ini[6]
Digunakan olehSuku Jawa (utama dan permulaan), kemudian dipopulari kepada Suku Bali, Suku Sunda, Suku Melayu, Suku Banjar, Suku Madura, Suku Bugis dan Suku Makassar
PerangEkspedisi Pamalayu, Serangan Mongol ke Jawa, Perang Bubat, Perang Paregreg, Serangan Batavia, Perang Diponegoro, Revolusi Nasional Indonesia
Sejarah pengeluaran
PerekaSuku Jawa
AnekaKalis, Badik, Kerambit, Chundrik[7]
Spesifikasi
Jenis bilahBesi atau baja bermata dua
Jenis huluGading, tulang, tanduk, kayu atau logam. Terkadang memiliki lapisan emas atau perak dan dibubuhi dengan batu-batu permata
Sarungan/sarungRangka kayu yang dilapisi dan dibubuhi dengan gading atau logam (emas, perak, tembaga, besi, kuningan, atau baja)
Keris
Keris diiktiraf sebagai Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara yang berasal daripada Indonesia oleh UNESCO.
NegaraIndonesia
KriteriaTraditional
Rujukan112
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2008 (sesi 3)
SenaraiRepresentatif

Keris (bahasa Inggeris: Kris) ialah senjata khas nan berkeluk-keluk atau asimetri yang termasuk dalam golongan senjata tikam yang berasal daripada Indonesia. Baik sebagai senjata mahupun objek spiritual, keris dihormati dan dianggap memiliki kekuatan yang magis. Awal mula keris diketahui berasal dan menyebar dari pulau Jawa ke seluruh bagian Nusantara dan wilayah Asia Tenggara secara umum.

Keris (aksara Jawa: ꦏꦼꦫꦶꦱ꧀; Jawi: کريس)[1] ialah sejenis senjata tikam bermata dua yang berasal daripada pulau Jawa yang memiliki ragam fungsi budaya yang dikenali di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara umumnya (Indonesia, Brunei, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao)).

Keris berasal daripada Pulau Jawa dan menyebar ke seluruh Nusantara, keris setidaknya telah dikenali pada abad ke-9 dan boleh dibuktikan dengan gambaran keris yang terdapat di Candi Borobudur.[8][9] Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung.

Keris umumnya digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan mulanya digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Keris yang paling masyhur pada masyarakat Melayu ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang termasyhur. Mengikut tradisi Jawa, keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.[10]

Keris telah diiktiraf sebagai Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara yang berasal daripada Indonesia oleh UNESCO sejak 2005 (sesi 1), dan versi mutakhir pada 2008 (sesi 3).[11]

  1. ^ a b Kamus Pepak Basa Jawa, Sudaryanto/Pranowo, 2001, #1359
  2. ^ See: Javanese language: Politeness
  3. ^ "Keris Indonesia". Kebudayaan.kemendikbud.go.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-08-22.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Cultural Wonders of Indonesia
  5. ^ Pires, Tomé (1990). The Suma Oriental of Tome Pires: An Account of the East. New Delhi: Asian Educational Services. m/s. 179. ISBN 81-206-0535-7.
  6. ^ Albert G Van Zonneveld (2002). Traditional Weapons of the Indonesian Archipelago. Koninklijk Instituut Voor Taal Land. ISBN 90-5450-004-2.
  7. ^ James Richardson Logan (1853). The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, Volume 7. Miss. Press. m/s. 281.
  8. ^ Borobudur: Golden Tales of the Buddhas, edited by John N. Miksic, Marcello Tranchini.
  9. ^ Chamber's Encyclopaedia, Volume 9, International Learnings Systems, 1968 - Encyclopedias and dictionaries
  10. ^ Pogadaev, V. Magia Krisa (The Magic of Kris). Azia i Afrika Segodnya (Asia and Africa Today. Moscow, No. 4, 2010, 67-69
  11. ^ "UNESCO - Kris". ich.unesco.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-24.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "n", tetapi tiada tag <references group="n"/> yang berpadanan disertakan


Developed by StudentB