| |||
Ibu Pejabat | Singapura | ||
Jenis | Forum ekonomi | ||
Negara ahli | 21 | ||
Pengarah Eksekutif | Colin S. Heseltine | ||
Penubuhan | 1989 | ||
Laman web rasmi | http://www.apec.org/ |
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik. Antara isu yang dibincangkan ialah ekonomi serantau, kerjasama, perdagangan dan pelaburan. Negara-negara ini mewakili 60 peratus eknomi seluruh dunia. Sekretariat APEC berpusat di Singapura. APEC mengadakan persidangan kemuncak setiap tahun yang dihadiri oleh ketua kerajaan setiap negara ahli. Lokasi persidangan bergilir-gilir antara negara-negara ahli.