""Efek rumah kaca"" dilencongkan ke sini. Untuk kugiran muzik yang diberi nama sama, sila lihat Efek Rumah Kaca.
Kesan rumah hijau atau kesan rumah kaca ialah proses dimana sinaran dari atmosfera planet akan memanaskan permukaan planet tersebut kepada suatu suhu melebihi suhunya tanpa atmosfera.
Gas rumah hijau yang wujud di atmosfera sesebuah planet akan membebaskan tenaga ke semua arah. Sebahagian dari tenaga ini akan terarah kepada permukaan lalu memanaskannya.[1]Aerosol juga mempunyai kesan yang serupa.[2] Intensiti sinaran ke permukaan, iaitu kekuatan kesan rumah hijau bergantung kepada kuantiti gas rumah hijau dan aerosol yang terkandung dalam atmosfera. Suhu akan meningkat sehingga mencapai keseimbangan dengan kadar sinaran ke atmosfera, yang menyejukkan permukaan.[3]
Kesan rumah hijau yang berlaku secara semulajadi di bumi amat penting untuk menyokong kehidupan. Namun, aktiviti manusia terutamanya pembakaran bahan api fosil dan penebangan hutan secara berleluasa telah meningkatkan kesan rumah hijau dan menyebabkan pemanasan global.[4]
Planet zuhrah mengalami kesan rumah hijau tidak terkawal, mengakibatkan atmosferanya mengandungi 96% karbon dioksida dan tekanan atmosferik pada permukaan adalah hampir sama seperti 900m di bawah laut di bumi. [5][6]
^Jakosky, Bruce M. (1999). "Atmospheres of the Terrestrial Planets". Dalam Beatty, J. Kelly; Petersen, Carolyn Collins; Chaikin, Andrew (penyunting). The New Solar System (ed. 4th). Boston: Sky Publishing. m/s. 175–200. ISBN978-0-933346-86-4. OCLC39464951.