Tarikh | 01 Disember 2019 | –kini
---|---|
Tempoh | 4 tahun, 11 bulan dan 4 minggu |
Lokasi | |
Penyebab | serangan belalang 2019-2020, konflik bersenjata, pandemik COVID-19 (termasuk berhubungan dengan kemelesetan, kuarantin wilayah dan sekatan perjalanan) |
Sepanjang pandemik, keselamatan makanan menjadi perhatian global. Ini kelihatan adanya beberapa kebimbangan kebuluran pada suki kedua tahun 2020.[1] Menurut pelbagai rakaman, ratusan ribu orang di dunia meninggal dunia dan jutaan yang lain mengalami kebuluran tanpa usaha bersama dalam mengatasi masalah keselamatan makanan. Setakat Oktober 2020, usaha-usaha ini mengurangkan risiko kebuluran yang meluas akibat pandemik COVID-19.[2]
Kebuluran berkemungkinan menjadi hasil dari kemelesapetan COVID-19 sehingga beberapa langkah diambil untuk mencegah penyebarannya.[3][4] Selain itu, serangan belalang yang terjadi pada 2019-2020,[5] peperangan yang berterusan dan pergolakan politik di sejumlah negara juga dinilai sebagai penyebab kes kebuluran.[6]
Pada September 2020, David Beasley, Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyatakan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh negara penderma selama lima bulan sebelumnya, termasuk penyediaan $17 trilion dalam rangsangan fiskal dan sokongan bank pusat, penangguhan pembayaran hutang yang dilakukan oleh IMF dan negara-negara G20 untuk keuntungan negara yang lebih miskin dan bantuan dana untuk program-program Program Makanan Sedunia, telah mencegah dan membantu 270 juta orang dari risiko kelaparan. Oleh yang demikian, beliau mengingatkan bahawa meskipun tindakan tersebut berkesan dalam mencegah kebuluran besar-besaran di negara-negara miskin, tindakan dana lebih lanjut diperlukan untuk mencegah kebukuran pada 2021 ketika konflik serantau dan pandemik terus berlanjut.[7]