Contoh dan sudut pandangan rencana atau bahagian ini mungkin mempunyai sikap berat sebelah yang meluas atau perlindungan tidak seimbang ke arah satu atau lebih kawasan-kawasan yang khusus. (Oktober 2017) |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Indonesia |
Portal Indonesia |
Kerajaan Ternate | |
---|---|
1257–1927 | |
Ibu negara | Ternate |
Agama | Islam Sunni |
Kerajaan | Monarki |
Sejarah | |
• Didirikan | 1257 |
• Dibubarkan | 1927 |
Kesultanan Ternate atau juga dikenali sebagai Kerajaan Gapi merupakan salah satu empat kerajaan Islam di Kepulauan Maluku dan merupakan salah satu kerajaan Islam tertua di Nusantara. Didirikan oleh Baab Mashur Malamo pada tahun 1257, Kesultanan Ternate mempunyai peranan penting di kawasan timur Nusantara antara abad ke-13 sehingga abad ke-17. Kesultanan Ternate menikmati kegemilangan dalam separuh abad ke-16 lantaran dagangan rempah ratus dan kuasa tenteranya. Pada masa kemuncak kekuasaannya, kesultanan tersebut membentang pengaruhnya merangkumi wilayah Maluku, Sulawesi bahagian utara, timur dan tengah, bahagian selatan kepulauan Filipina sehingga Kepulauan Marshall di Pasifik.