Khemah

Khemah kubah ringan memuatkan dua orang diikat pada batu kerana ketiadaan ruang pasak pada batu itu sendiri.

Khemah (Jawi: خيمه, pinjaman Arab: خيمة, rumi: khīmah[1]) atau tenda[2] (Jawi: تيندا‎, pinjaman bahasa Portugis[3]) adalah tempat perlindungan didirikan menggunakan kain tekstil yang dihampar dan dilekatkan pada rangka tiang atau diikat pada tali penyokong. Saiznya bergantung kepada cara ia dipasangkan - khemah jenis kecil sama ada menegak bebas atau diikat pada tanah manakala khemah jenis besar biasanya ditambat menggunakan talian giuk yang diikat pada pacang atau pasak khemah. Binaan sebegini boleh menampun dari hanya seorang sahaja sehingga saiz yan sangat besar untuk menampung sekelompok besar orang untuk tujuan keramaian seperti kenduri atau acara temasya.

Khemah pada awalnya digunakan sebagai rumah bergerak oleh kelompok orang yang behijrah dari satu tempat ke satu tempat lain, namun ia kini juga lazim digunakan untuk tujuan liburan atau dan tempat perlindungan sementara memulih daripada bencana.

  1. ^ Zuraini binti Hamisan @ Khair (2003). Peminjaman istilah bahasa Arab dalam bahasa Melayu: satu kajian kes (Tesis). Universiti Malaya.
  2. ^ "tenda". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 343.

Developed by StudentB