Sebahagian daripada siri
| |
---|---|
Bidang-bidang | |
Khums (Arab: خمس Sebutan Arab: [xums]) ialah perkataan Arab untuk Satu Perlima (1/5). Mengikut istilah hukum Islam Syiah, ia bermakna "satu perlima harta tertentu seseorang yang mesti dibayar sebagai cukai".[1]
Walaupun konsep Zakat, atau derma wajib, diamalkan kesemua orang Islam, dan merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam, sifat derma ini berbeza di antara berbagai mazhab Islam. Kaedah yang digalakkan tradisi Syiah, Khums, melibatkan sedekah tahunan satu perlima semua perolehan, dan boleh dibandingkan dengan zakat pendapatan, atau cukai pendapatan. Ini berbeza dengan amalan Sunni, yang melibatkan satu perempat puluh keseluruhan harta (zakat harta, dan lebih rapat dengan cukai harta).