Kiblat


Seorang lelaki menadah tangan berdoa di hadapan Kaabah
Seorang jemaah membaca doa ke arah Kaabah, kiblat orang Islam, di Masjidil Haram Mekah.
Sekumpulan orang sujud ke arah yang sama
Jemaah solat di Amerika Syarikat sujud ke arah yang sama iaitu kiblat.

Kiblat (Arab: قِبْلَة, rumi: qiblaṯ, lit.'arah' terbitan bentuk kata kerja قَابَلَqābala "berhadapan, menghadap"[1]) ialah arah yang menghala ke Kaabah di Masjidil Haram di Mekah, yang digunakan oleh orang Islam dalam pelbagai konteks agama, terutamanya arah sembahyang untuk solat. Dalam Islam, Kaabah dipercayai tempat suci yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s., dan penggunaannya sebagai kiblat diperintahkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW pada tahun kedua Hijrah. Sebelum wahyu ini diturunkan, Nabi Muhammad dan pengikutnya di Madinah menghadap Baitulmaqdis untuk sembahyang. Kebanyakan masjid mengandungi sebuah mihrab (ceruk dinding) yang menunjukkan arah kiblat.

Kblat juga arah masuk ihram (keadaan jemaah berniat untuk haji atau umrah); arah haiwan dipalingkan semasa dhabihah (korban); arah yang disyorkan untuk membaca doa; arah yang dielakkan apabila membuang air atau meludah; dan arah jenazah dibaringkan apabila dikebumikan. Kiblat boleh dilihat dengan menghadap Kaabah dengan tepat (ayn al-Kaabah) atau menghadap arah yang umum (jihat al-Kaabah). Kebanyakan ulama Islam berpendapat bahawa jihat al-Kaabah boleh diterima jika ayn al-Kaabah yang lebih tepat dapat dilakukan. Contohnya, di dalam Masjidil Haram dan sekelilingnya tidak dapat dipastikan.

Takrifan teknikal paling umum yang digunakan oleh ahli falak Islam untuk suatu lokasi ialah arah bulatan agung—di sfera Bumi—melalui lokasi tersebut dan Kaabah. Ini ialah arah laluan yang terpendek mungkin dari suatu tempat ke Kaabah, dan mengirakan pengiraan (hisab) kiblat yang tepat menggunakan rumus trigonometri sfera yang mengambil koordinat suatu lokasi dan koordinat Kaabah untuk dimasukkan (lihat rumus di bawah). Kaedah ini diguna untuk membangunkan aplikasi mudah alih dan laman sesawang untuk orang Islam, dan menghimpun jadual kiblat yang digunakan dalam alat seperti kompas kiblat. Kiblat juga dapat ditentukan di suatu lokasi dengan memerhati bayang-bayang rod menegak pada kejadian dua kali setahun apabila matahari betul-betul di atas Mekah—pada 27 dan 28 Mei jam 12:18 Waktu Piawai Arab Saudi (09:18 UTC), dan pada 15 dan 16 Julai jam 12:27 SAST (09:27 UTC).

Sebelum perkembangan ilmu falak dalam dunia Islam, orang Islam menggunakan kaedah tradisional untuk menentukan kblat. Kaedah ini termasuk menghadap arah yang sahabat Nabi Muhammad telah guna apabila berada di tempat yang sama; menggunakan titik terbenam dan terbit objek cakerawala; menggunakan arah angin; atau menggunakan arah selatan, iaitu kiblat Nabi Muhammad di Madinah. Astronomi Islam awal terbina pada astronomi India dan Yunani, terutamnya karya Ptolemy, dan kemudian ahli falak Islam menghasilkan kaedah mengira arah anggaran kiblat, bermula dari pertengahan abad ke-9. Pada akhir abad ke-9 dan ke-10, ahli falak Islam menghasilkan kaedah mencari arah tepat kiblat yang setara dengan rumus moden. Pada awalnya, "kiblat ahli falak" ini digunakan bersama pelbagai kiblat yang ditentukan secara tradisional, mengakibatkan banyak kepelbagaian di kota Islam pada Zaman Pertengahan. Tambahan pula, data geografi tepat yang diperlukan untuk kaedah falak mengeluarkan keputusan yang tepat belum ada sebelum abad ke-18 dan ke-19, mengakibatkan kepelbagaian lanjut kiblat. Masjid bersejarah dengan kiblat yang berbeza masih berdiri hari ini di seluruh dunia Islam. Penerbangan angkasa seorang Islam yang taat, Sheikh Muszaphar Shukor, ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007 menimbulkan perbincangan tentang arah kiblat dari orbit rendah Bumi, menyebabkan pihak berkuasa Islam negara asalnya, Malaysia, mengesyorkan menentukan kiblat "berdasarkan mana-mana arah" untuk angkasawan tersebut.

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 289. ISBN 967-65-7321-3.

Developed by StudentB