Kirâman Kâtibîn (Arab: كراماً كاتبين) merupakan dua malaikat yang terletak di bahu kanan dan kiri setiap makhluk-Nya. Menurut syariat Islam, jika ada seseorang yang melakukan amal (perbuatan) yang lebih dominan, maka ia akan dihantar berdasarkan perbuatan semasa hidupnya di dunia, sama ada ke Jannah atau Jahannam. Para malaikat ini termasuk dalam golongan Hafazhah (Para Penjaga).