Klang | |
---|---|
Klang Bandaraya Diraja | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | كلڠ |
Cogan kata: Perpaduan Asas Kemakmuran' | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Ditubuhkan | 1643 |
Diberikan Status Majlis Perbandaran | 1977, 1 Januari |
Diberikan Status Majlis Bandaraya | 2024, 5 Februari |
Pentadbiran | |
• Ditadbir oleh | Majlis Bandaraya Diraja Klang Majlis Bandaraya Shah Alam (Kota Kemuning) |
• Datuk Bandar | Puan Noraini binti Roslan |
Keluasan | |
• Jumlah | 573 km2 (202 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 842,146 orang [1] |
• Kepadatan | 1,469,7/km2 (38,070/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak diperhatikan |
Laman sesawang | https://www.mbdk.gov.my/ms |
Klang ( Jawi: کلڠ) dahulunya dikenali sebagai Kelang merupakan Bandaraya DiRaja, bandar terbesar Selangor, bandar sekolah menengah persendirian dan sebuah daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor.
Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur, daerah Kuala Langat di sebelah selatan manakala Kuala Selangor di sebelah utaranya. Di sebelah baratnya pula merupakan Selat Melaka.
Daerah Klang terdiri dari dua jajahan perbandaran iaitu Majlis Bandaraya Diraja Klang (dulu dikenali sebagai Majlis Perbandaran Klang) dan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Bilangan sekolah menengah Cina persendirian paling banyak turut terletak di Klang. Terdapat 4 buah sekolah persendirian didirikan di Klang ini. Komuter Malaysia juga yang pertama sekali tiba di Klang dan di seluruh Malaysia.