Klang Kio atau Ganggayu adalah sebuah bandar purba yang disebut di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu .Pemerian Sulalatus Salatin mengenai bandar Klang Kio adalah sedemikian:
Pada sekitar Februari 2005, terdapat laporan bahawa tapak Klang Kio telah ditemui dalam kawasan hutan Ulu Tiram,daerah Kota Tinggi, Johor. Laporan ini pertama kali dibuat oleh Raimy Che Ross, seorang penyelidik bebas dalam bidang manuskrip lama. Tapak Klang Kio ini telah dikenal pasti dengan merujuk kepada manuskrip lama Melayu dan manuskrip lama China, laporan orang asli dan juga fotografi satellite. Walaupun begitu, kesahihan penemuan ini diperlukan usaha cari gali yang selanjutnya.