Konya

Masjid utama Konya

Konya (bahasa Turki Uthmaniyyah: قونیه; juga disebut Koniah, Konieh, Konia dan Qunia) ialah sebuah bandar yang terletak di Turki bahagian selatan, pada penara tengah Anatolia. Bandar ini merupakan ibu wilayah Konya. Mengikut sejarah bandar ini dahulunya dikenali dengan nama Ikonium (bahasa Latin), bahasa Greek: Ἰκόνιον Ikónion). Penduduknya berjumlah kira-kira 1,412,343 orang pada tahun 2007.


Makanan tradisi yang terkenal di Konya adalah Tirit Kofte. Dibuat daripada potongan roti, digaul bersama yogurt dan daging serta dihiaskan dengan daun sup.

Tirit Kofte makanan tradisi Konya

Developed by StudentB