Kraf tangan ialah penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraf tangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraf tangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraf tangan.