Kuantan

Kuantan
Kontaeng
Bandaraya Kuantan
Cogan kata: Indah Lestari
Kuantan yang terletak di Malaysia
Kuantan
Kuantan
Koordinat: 3°49′N 103°20′E / 3.82°N 103.33°E / 3.82; 103.33Koordinat: 3°49′N 103°20′E / 3.82°N 103.33°E / 3.82; 103.33
Negara Malaysia
Negeri Pahang
Diasaskan pada1851
Ditubuhkan pada1 Ogos 1913
Pusat pentadbiran ditubuhkan27 Ogos 1955[1]
Status perbandaran diperolehi1 September 1979[2]
Status bandar raya diperolehi21 Februari 2021
Pentadbiran
 • BadanMajlis Bandaraya Kuantan
 • Datuk BandarFadzilla Salleh[3]
Keluasan
 • Jumlah324 km2 (125 batu persegi)
Aras
21.95 m (72 ft)
Penduduk
 (2018)[5]
 • Jumlah522,000
 • Kepadatan1,600/km2 (4,200/batu persegi)
DemonimOrang Kuantan
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak diamalkan
Poskod
25xxx, 26xxx
Min waktu suriaUTC+06:46:48
Laman sesawang[1]

Kuantan (sebutan dalam loghat tempatan: Kontaeng; loghat Terengganu: Kuantang; Jawi: كوانتن) ialah sebuah bandar raya dan ibu negeri Pahang, Malaysia. Penduduk Kuantan terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% orang Cina, 10% orang India dan 1% kaum-kaum lain. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1955.

Kuantan adalah sebuah bandar besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di kedudukan 3° 50' Utara, 103° 20' Timur (ini adalah lokasi sebelum kejadian gempa bumi dan tsunami 26 Disember 2004, yang dikatakan telah menganjakkan Semenanjung Malaysia beberapa sentimeter dari kedudukan asal).

Berkedudukan di pesisir Laut China Selatan dan di tebing Sungai Kuantan berdekatan kualanya, Kuantan yang masyhur dengan pantai-pantainya dan mercu-mercu tanda seperti menara tinjau Kuantan 188 dan Masjid Sultan Ahmad Shah merupakan pintu masuk ke Pantai Timur bagi mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur dan selatan Semenanjung.

  1. ^ "Establishment History". Official Portal Pahang State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2018. Dicapai pada 22 September 2019.
  2. ^ "History : The Opening of Kuantan". Majlis Perbandaran Kuantan.
  3. ^ primuscoreadmin (5 Januari 2016). "Profil YDP".
  4. ^ primuscoreadmin (5 Januari 2016). "Latar Belakang".
  5. ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 Disember 2017.

Developed by StudentB