Kuasa lunak

Kuasa lunak atau kuasa lembut (soft power) difahamkan sebagai keupayaan mempengaruhi serta membentuk tanggapan ramai terhadap sesebuah entiti negara tanpa paksaan menggunakan nilai tertentu seperti budaya, fahaman politik dan dasar luar negara. Konsep ini mula diungkapkan pada lewat dekad 1980-an oleh Joseph Nye, seorang saintis politik Universiti Harvard lagi-lagi dalam buku dikarangnya bertajuk Bound to Lead: The Changing Nature of American Power (1990) yang menjelaskan ia sebagai kuasa dimiliki sesebuah negara untuk "mendorong negara-negara lain sekeinginan dengannya" jika dibandingkan dengan kuasa keras yang mendorong pengarahan atau penyuruhan negara-negara ini melakukan sebarang apa yang dimahukan negara tersebut".[1]

Setakat mana berjayanya pelaksanaan kuasa jenis ini bergantung kuat kepada reputasi negara pelaksana dalam dalam medan antarabangsa serta aliran maklumat antara kedua-dua pihak yang memberi dan menerima dalam penjalinan ini. Budaya popular dan media massa sering dikenalpasti sebagai sumber kuasa lembut[2] melalui penyebaran unsur-unsur budaya (misalnya bahasa kebangsaan atau norma masyarakat) yang lazim wujud di negara penyasar; sebuah negara yang mempunyai kuasa lembut besar dengan kebaikan yang menjadikan ia boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk membudayakan, tanpa perlunya membelanjakan mahal terhadap kuasa keras. Berita antarabangsa khususnya didapati berperanan penting dalam membentuk imej dan reputasi negara asing; liputan berita positif dikaitkan dengan pandangan antarabangsa yang positif, begitu juga kesan yang sebaliknya dengan adanya liputan berita negatif. [3]

  1. ^ Nye, Joseph (1990). Bound to Lead: The Changing Nature of American Power. London: Basic Books. ...when one country gets other countries to want what it wants might be called co-optive or soft power in contrast with the hard or command power of ordering others to do what it wants.
  2. ^ "Economic warfare on the silver screen". FRANCE 24. 28 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2012. Dicapai pada 28 Januari 2012.
  3. ^ Segev, Elad (2016). International News Online: Global Views with Local Perspectives. New York: Peter Lang. m/s. 139–153. ISBN 9781433129841. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-11.

Developed by StudentB