Kudat | |
---|---|
Transkripsi Lain | |
Etimologi: Tomborungus (Tomu do Rungus) | |
Koordinat: 6°53′N 116°50′E / 6.883°N 116.833°EKoordinat: 6°53′N 116°50′E / 6.883°N 116.833°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Kudat |
Daerah | Kudat |
Pentadbiran | |
• Badan | Lembaga Bandaran Kudat |
• Pegawai Daerah | Sapdin Ibrahim |
• MP | Yang Berhormat Dato' Verdon Bin Bahanda (BEBAS) (Kudat) |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,287 km2 (497 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 29,025 |
Populasi di sekitar Kudat sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Kudat. | |
Tamu Mingguan | Rabu |
Nombor plat | SK |
Kudat ialah sebuah bandar di [[Daerah Kudat, Bahagian Kudat, negeri Sabah, Malaysia. Bandar Kudat merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Kudat. Bandar Kudat terletak kira-kira 190km dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu di bahagian utara negeri Sabah berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau yang merupakan bahagian paling utara pulau Borneo.
Sebagai bandar terbesar di kawasan yang didiami etnik Rungus, Kudat merupakan pusat kebudayaan utama untuk kumpulan etnik tersebut. Selain itu, Kudat merupakan antara kawasan pertama di negeri Sabah yang diduduki oleh orang Cina Malaysia, terutamanya daripada suku Hakka.