Kuil (Jawi: کويل , pinjaman Tamil: கோயில் kōyil atau கோவில் kōvil) merujuk kepada struktur bagi aktiviti keagamaan atau rohani, seperti upacara pemujaan, pengorbanan atau yang seumpamanya. Sesebuah kuil mempunyai kawasan suci sebagaimana ditakrifkan oleh agamawan (misalnya seorang sami atau pendeta). Sungguhpun kuil bukanlah secara teknikalnya "rumah para dewa” tetapi diagram bagi kuil Rom menyambung geometri langit dan bumi, ia turut membayangkan tempat kediaman dewa atau para dewa. Tradisi ini semenjak zaman purba. Bagi Mesir Purba, perkataan pr boleh merujuk kepada rumah, juga struktur suci kerana ia dipercayai bahawa dewa duduk dalam rumah.[1]
Kata asal kōyil atau kōvil[2] ini dikatakan berasal daripada peranan tempat bernama sedemikian di Tamil Nadu semasa zaman dahulu menggabungkan கோ kō bermaksud "raja"[3] dan இல் il bermaksud "tempat" (place) atau "rumah"[4] yakni "tempat raja" di mana penguasa bergelar raja dilihat sebagai wakil suatu tuhan atau dewa di Bumi pada ketika itu.