Kulat | |
---|---|
Ikut arah jam dari kiri atas:
| |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Klad: | Obazoa |
(tanpa pangkat): | Opisthokonta |
(tanpa pangkat): | Holomycota |
Alam: | Fungus (L.) R.T.Moore[1] |
Subalam/Filum | |
Kulat (Jawi: كولت ) ialah salah satu daripada organisma eukariot yang mencernakan makanannya di luar dan menyerap molekul nutrien ke dalam selnya. Organisme-organisme sepunya ciri ini dikelaskan dalam suatu alam hidupan tersendiri diberi nama saintifiknya Fungus[2] ([fun.gus], Jawi: فوڠݢوس ) setaraf dengan alam-alam tumbuhan, binatang dan protozoa. Bidang kajian mengenai hidupan dalam alam ini disebutkan sebagai mikologi (dari akar kata Yunani: μυκες mykes "lendir" dan λογοσ logos "pengetahuan, lambang").
Kulat digunakan secara meluas oleh manusia: ragi digunakan untuk menapaikan bir dan roti, sedangkan perladangan cendawan merupakan industri yang besar di banyak negara. Kulat ialah pengurai utama untuk bahan-bahan tumbuhan dan haiwan mati di dalam banyak ekosistem, dan biasa dapat dinampak ketika roti lama bercendawan. Bagaimanapun, biologi kulat yang rumit menjangkau pengetahuan dan pengalaman biasa.