Kulim

Kulim
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Becc. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh Orang Asli Asli di kawasan Tapah, Perak dan Negeri Johor. Selain sebagai perencah, pokok ini juga digunakan dalam perubatan tradisional bagi masyarakat suku kaum Jakun di Negeri Johor (Kampung Peta).Pokok KulimPokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Ia dikatakan asal nama bandar Kulim.

Pokok Kulim merupakan pokok malar hijau serdahana sehingga besar sehingga ketinggian 40(-60) m, kesemua bahagian berbau bawang putih; bole columnar, tanpa cabang sehingga 25 m, garis pusat sehingga 80(-150) cm, sering kali lurus, kadang-kala memiliki banir kecil; permukaan kulit pokok merekah cetek dan berkeping menjadi kepingan segi empat nipis, kelabu-perang sehingga merah-perang, bahagian dalam batang bergentian, merah-keunguan, bahagian dalam dengan tompokan kuning bata.


Developed by StudentB