Kutub Selatan (Jawi: قطب سلتن ), juga dikenali sebagai Kutub Selatan Geografi merupakan titik paling selatan di muka Bumi. Ia terletak di bahagian Bumi yang bertentangan dengan Kutub Utara. Di sini terdapat Stesen Kutub Selatan Amundsen-Scott AS, yang telah diasaskan pada 1956. Kutub Selatan terletak di benua Antartika, dan tidak harus dikelirukan dengan Kutub Magnet Selatan.