Laut (Jawi: لاوت ) ialah jasad air masin terhubung yang melitupi melebihi 70 peratus permukaan Bumi. Laut menyederhanakan iklim Bumi dan berperanan penting dalam kitaran unsur-unsur air, karbon, dan nitrogen. Sungguhpun laut telah ditempuh dan dijelajahi sejak zaman purba, kajian sains terhadap laut—oseanografi—bertarikh secara luas sejak pelayaran Kapten James Cook yang menjelajahi Lautan Pasifik pada antara 1768 dengan 1779. Dalam geografi, "laut" digunakan dalam nama-nama lautan yang lebih kecil dan sebahagiannya dikelilingi daratan, seperti Laut Ireland, sementara "lautan" pula digunakan dalam nama-nama lima bahagian terbesar, seperti Lautan Pasifik.
Ion paling banyak di dalam air laut ialah klorida dan natrium. Airnya juga mengandungi magnesium, sulfat, kalsium, kalium, dan banyak komponen lain, sesetengahnya dalam kepekatan minit. Kemasinan sangat berubah-ubah, lebih rendah dekat denan permukaan dan muara sungai besar dan lebih tinggi pada kedalaman lautan; walau bagaimanapun perkadaran relatif garam terlarut tidak sangat berubah-ubah merentasi lautan. Karbon dioksida daripada udara semasa ini diserap oleh laut dalam amaun meningkat, mengurangkan pH air laut dalam proses yang dikenali sebagai pengasidan lautan, yang mungkin sekali merosakkan ekosistem laut pada masa hadapan dekat.
Angin bertiup merentasi permukaan lautan menghasilkan ombak, yang berpecah apabila mencapai air cetek. Angin juga menghasilkan arus permukaan melalui geseran, menghasilkan peredaran perlahan tetapi stabil di serata lautan. Arah peredaran ditentukan oleh faktor termasuk bentuk benua dan putaran Bumi (kesan Coriolis). Arus laut dalam, dikenali sebagai tali sawat penyampai global, membawa air sejuk dari dekat dengan kutub ke setiap lautan. Pasang surut, naik turun aras laut yang secara amnya dua kali sehari, disebabkan oleh putaran Bumi dan kesan gravitasi Bulan yang mengorbit dan, kepada takat kurang, Matahari. Pasang surut mungkin mempunyai julat sangat tinggi di teluk atau muara. Tsunami yang memusnah boleh disebabkan oleh gempa bumi bawah laut yang bangkit daripada pergerakan plat tektonik di bawah lautan, letusan gunung berapi, gelongsoran tanah besar, atau hentaman meteorit besar.
Pelbagai hidupan, termasuk virus, bakteria, protis, alga, tumbuhan, kulat dan haiwan, tinggal di dalam laut, yang menyediakan pelbagai habitat dan ekosistem laut, daripada air permukaan bercahaya matahari kepada kedalaman sangat besar dan tekanan zon abis sejuk dan gelap. Laut mempunyai garis lintang berlainan daripada air sejuk di bawah air batu Artik kepada kepelbagaian terumbu karang berwarna-warni di kawasan tropika. Banyak kumpulan utama organisma berubah ansur di laut dan hidupan mungkin telah bermula di situ.
Laut membekali orang dengan bekalan makanan yang mencukupi, terutamanya ikan, tetapi juga kerang-kerangan, mamalia dan rumpai laut, sama ada dikutip di alam liar atau di dalam air penternakan. Eksploitasi berlebihan sumber makanan ini sudah menjadi masalah besar. Laut juga mempunyai tujuan lain, termasuk perdagangan, pelancongan, penyarian galian, penjanaan kuasa, peperangan, dan kegiatan senggang seperti renang, luncur air, pelayaran dan selam skuba. Laut juga mengalami pencemaran laut. Laut memegang peranan penting dalam budaya sepanjang sejarah, dengan kemunculan utama dalam sastera seawalnya sejak terkarangnya Odýsseia dikaryakan Homeros, dalam penggambaran seni, dalam seni panggung dan filem malah dalam muzik klasik. Secara lambang, laut muncul sebagai raksasa seperti Scylla dalam mitologi dan mewakili minda tidak sedar dalam pentafsiran mimpi.