Lembar ais

Sebuah imej satelit komposit benua Antartika

Lembar ais, dikenali juga sebagai glasier benua[1], ialah jisim ais glasier yang melitupi muka bumi sekitarnya serta melebihi 50,000 km2 (19,000 bt2)[2] Jisim-jisim ini hanya dijumpai setakat ini di Antartika dan Greenland. Semasa zaman glasier akhir Maksimum Glasier Terakhir, lembar ais Laurentide meliputi banyak kawasan Amerika Utara, lembar ais Weichselia meliputi utara Eropah manakala Lembar Ais Patagonia meliputi selatan benua Amerika Selatan.

Saiz lembar ais lebih besar daripada pentas ais mahupun glasier Alp. Jisim-jisim ais yang meliputi kurang daripada 50,000 km2 dikenali sebagai litupan ais. Litupan ais biasanya akan memberi makan satu siri glasier di pinggirnya.

Pemandangan udara lembaran ais di pantai timur Greenland

Meskipun permukaan jisim-jisim ini sejuk, dasarnya lebih panas akibat pemanasan bumi. Di tempat-tempat ini, pencairan berlaku dan air yang terhasil ini melincirkan lembaran ais supaya ia mengalir dengan lebih cepat. Proses ini menghasilkan saluran yang mengalir cepat dalam lembaran yang dipanggil sungai ais.

Lembaran ais kutub yang muncul pada masa kini agak muda dari segi geologi. Lembar ais Antartik asalnya dibentuk sebagai satu (atau mungkin beberapa) litupan ais kecil pada awal zaman Oligosen yang mengundur dan maju banyak kali sehingga zaman Pliosen apabila litupan ais ini merangkumi hampir semua kawasan Antartika. Lembaran ais Greenland tidak terbentuk langsung sehingga lewat zaman Pliosen tetapi sebaliknya berkembang dengan cepatnya sewaktu tempoh glasier benua pertama. Kejadian ini secara luar biasanya membolehkan fosil tumbuh-tumbuhan yang pernah tumbuh di Greenland untuk dipelihara dengan lebih baik berbanding dengan lembar ais Antartika yang membentuk secara perlahan-lahan.

  1. ^ "American Meteorological Society, Glossary of Meteorology". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-23. Dicapai pada 2017-08-18.
  2. ^ ."Glossary of Important Terms in Glacial Geology". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-29. Dicapai pada 2006-08-22.

Developed by StudentB