Liberalisme sosial (juga dikenal sebagai liberalisme moden di Amerika Syarikat)[1] adalah ideologi politik dan bentuk liberalisme yang menyokong suatu pasaran ekonomi dan pengembangan awam dan hak-hak politik serta peranan kerajaan atau pemerintah menangani isu-isu sosioekonomi seperti kemiskinan, kesihatan dan pendidikan.[2][3][4] Dalam fahaman ini, sesebuah masyarakat baik ditakrifkan sebagai dalam berkeadaan harmoni dengan kebebasan individu.[5] Dasar-dasar dalam fahaman ini telah banyak dipakai dalam banyak dunia kapitalis, terutama berikutan tamatnya Perang Dunia Kedua.[6] Idea dan parti liberalisme sosial berkecenderungan ke arah sentris ataupun berhaluan kiri.[7][8] Golongan yang mendokong fahaman ini melihat diri mereka berada dalam kedudukan tengah-tengah antara demokrasi sosial dan liberalisme klasikal.
Istilah "sosial liberalisme" digunakan untuk membezakannya dari liberalisme klasik yang dikuasai pemikiran ekonomi dan politik berikutan pencabangannya di luar bidamg tersebut sejak atau sekitar Zaman Meleset.[9][10]
Dalam konteks dunia politik Amerika Syarikat, istilah "liberal[isme] sosial" merujuk kepada pendirian yang progresif pada isu-isu politik tertentu seperti pengguguran, perkahwinan sama jantina atau pengawalan penggunaan senjata lalu sebagai lawan kepada golongan yang berfahaman "konservatif sosial"; aspek "liberal" atau "konservatif" boleh menyentuh dasar-dasar fiskal.[11]
^Donald E. Pease, Robyn Wiegman (eds.), The Futures of American Studies, Duke University Press, 2002, p. 518.
^Richardson, James L. (2001). Contending Liberalisms in World Politics: Ideology and Power. Colorado: Lynne Rienner Publishers. 155587939X.
^Chideya, Farai (2004). The Red and the Blue: A Divided America. Trust: Reaching the 100 Million Missing Voters and Other Selected Essays. Soft Skull. m/s. 34.