Negara Libya نڬارا ليبيا دولة ليبيا Daulah Lībyā | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Libya, Libya, Libya | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Tripoli[a] | ||||
Bahasa rasmi | Arab[b] | ||||
Kerajaan | Diragui akibat peperangan | ||||
Kemerdekaan | |||||
• Dilepaskan oleh Itali | 10 Februari 1937 | ||||
24 Disember 1951 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 1,759,541 km2 (679,363 bt2) (ke-17) | ||||
Air permukaan kecil, takungan air di bawah tanah. | |||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2019 | 6,426,888[1] (75) | ||||
• Bancian Penduduk 2006 | 9,670,688[c] | ||||
13.6/km2 (35.2/sq mi) (118) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $89.74 billion[2] | ||||
$14,043[2] | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $59.63 bilion[2] | ||||
$9,278[2] | |||||
HDI (2019) | Templat:Stable0.730[3] Ralat: Nilai IPM tidak sah | ||||
Mata wang | Dinar ( LYD ) | ||||
Zon waktu | UTC+2 (WET) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Nombor telefon | 218 | ||||
DPT internet | .ly | ||||
a. ↑ Libyan Arabic and other varieties, like Berber languages in certain low-populated areas, are the spoken languages, while literary Arabic is the official written language.
b. ↑ Includes 350,000 foreigners |
Libya atau rasminya Negara Libya (Arab: ليبيا , yang diertikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau دولة ليبيا ) terletak di Afrika Utara, bersempadan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Niger di selatan serta Algeria dan Tunisia di sebelah barat. Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah 6 juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jika dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.
Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.
Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Idris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.
Pada 2011, Libya terjebak dalam suatu perang saudara yang merupakan akibat daripada tempiasan Revolusi Arab 2011 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali dan Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Pihak pro-demokrasi mengisytiharkan penubuhan Pemerintah Sementara Libya yang dinamakan Majlis Peralihan Kebangsaan pimpinan Mustafa Abdul Jalil, bekas Menteri Kehakiman Libya yang telah berpaling tadah dari Kerajaan Jamahiriya pimpinan Gaddafi.
|journal=
(bantuan)