Liga Awami Bangladesh

Liga Awami Bangladesh
PemimpinSheikh Hasina Wazed
Ditubuhkan23 Jun 1949
Ibu pejabatBongobondhu Avenue, Dhaka
IdeologiSosialisme demokratik
Nasionalisme Bengali
Sekularisme
Kedudukan politikPertengahan kiri
Penggabungan kebangsaanPerikatan Besar
WarnaHijau
Kerusi di Jatyo Sangshad
271 / 350
[1]
Bendera parti
Laman sesawang
Liga Awami
Politik Bangladesh
Parti politik
Pilihan raya

Liga Awami Bangladesh (Benggali: বাংলাদেশ আওয়ামী লীগ; diterjemah daripada bahasa Urdu: Liga Rakyat Bangladesh, sebelum ini Liga Muslim Awami), ialah salah satu daripada dua parti politik utama di Bangladesh. Ia merupakan parti pemerintah ketika ini selepas memenangi pilihan raya pada 2008 dan mempertahankannya pada Januari 2014.[1][2]

Liga Awami diasaskan di Dhaka, bekas ibu kota wilayah Pakistani Benggala Timur, pada 1949 oleh pejuang kebangsaan Bengali Maulana Abdul Hamid Khan Bhashani, Shamsul Huq, dan kemudian Huseyn Shaheed Suhrawardy yang seterusnya menjadi Perdana Menteri Pakistan. Liga Muslim Awami ditubuhkan sebagai pilihan Bengali terhadap dominasi Liga Muslim di Pakistan dan terhadap pemusatan kerajaan. Parti ini mendapat sokongan popular dengan cepat di Benggala Timur, kemudiannya dinamakan Pakistan Timur, dan seterusnya membawa kepada kebangkitan nasionalisme Bengali menentang golongan berkuasa politik dan tentera Pakistan Barat. Parti ini di bawah kepimpinan Sheikh Mujibur Rahman, bapa pengasas Bangladesh, menjadi ketua perjuangan kemerdekaan, pada mulanya melalui gerakan populis besar dan keingkaran awam, seperti gerakan enam perkara dan gerakan tidak kerjasama 1971, dan selanjutkan semasa Perang Pembebasan Bangladesh. Selepas munculnya Bangladesh yang merdeka, Liga Awami memenangi pilihan raya yang pertama diadakan, pada 1973 namun digulingkan tentera pada 1975 selepas pembunuhan Sheikh Mujibur Rahman. Selepas pengembalian demokrasi pada 1990, Liga Awami muncul sebagai antara pemain terpenting politik Bangladesh.

Di antara pemimpin Liga Awami, lima orang telah menjadi Presiden Bangladesh, empat telah menjadi Perdana Menteri Bangladesh dan seorang menjadi Perdana Menteri Pakistan. Sejak kemerdekaan Bangladesh, parti ini terletak di awah kawalan keluarga Sheikh Mujibur Rahman. Anak perempuannya yang juga merupakan Perdana Menteri Bangladesh kini, Sheikh Hasina Wazed, telah mengetuai parti ini sejak 1981.

  1. ^ a b Ellen Barry (6 Januari 2014). "Bangladesh's Governing Party Wins Vote Amid Unrest". New York Times.
  2. ^ REUTERS (07/01/2014). "Liga Awami menang mudah". Utusan Online. Dicapai pada 1 Januari 2014. Check date values in: |date= (bantuan)

Developed by StudentB