Lim Kit Siang 林吉祥 லிம் கிட் சியாங் | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Iskandar Puteri, Johor | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Tan Ah Eng |
Digantikan oleh | Liew Chin Tong |
Majoriti | 14,762 |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Ipoh Timor, Perak | |
Dalam jawatan 24 Mac 2004 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Thong Fah Chong |
Digantikan oleh | Thomas Su |
Majoriti | 9,774 |
Penasihat DAP di Parlimen | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Chen Man Hin |
Digantikan oleh | Karpal Singh Ram Singh |
Dalam jawatan 2004–2018 | |
Didahului oleh | Chen Man Hin |
Digantikan oleh | Loke Siew Fook |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tanjong, Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 1986–1999 | |
Didahului oleh | Koh Tsu Koon |
Digantikan oleh | Chow Kon Yeow |
Majoriti | 11,690 (1986) 17,469 (1990) 6,895 (1995) |
Ahli Dewan Undangan Pulau Pinang bagi Padang Kota | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Didahului oleh | Lim Chong Eu |
Digantikan oleh | Konstituensi dimansuhkan |
Majoriti | 706 |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Kampong Kolam (sebelum digantikan oleh Padang Kota) | |
Dalam jawatan 1986–1990 | |
Didahului oleh | Wong Hoong Keat |
Digantikan oleh | Cheah Teik Hoe |
Majoriti | 3,689 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Batu Pahat, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 20 Februari 1941
Parti politik | PH-DAP |
Pasangan | Puan Sri Neo Yoke Tee |
Anak | 4 (termasuk Lim Guan Eng dan Lim Hui Ying) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web | limkitsiang.com |
Tan Sri Lim Kit Siang (lahir 20 Februari 1941; Cina: 林吉祥; pinyin: Lín Jíxiáng) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti kerajaan demokratik sosial di Malaysia.
Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang anak, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen di Dewan Rakyat, dewan terendah bagi Parlimen Malaysia. Sejak 1978, beliau telah menerbitkan 29 buah buku. Lim telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (AP) sejak 1969, dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan Melaka, Selangor dan Pulau Pinang. Beliau meninggalkan parlimen selama lima tahun dari tahun 1999 hingga tahun 2004, selepas beliau kalah dalam Pilihanraya Umum 1999, ditewaskan oleh Chia Kwang Chye di kawasan Bukit Bendera. Lim menjawat sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun 1969 hingga tahun 1999. Selepas pilihan raya umum 1999, beliau menjadi Pengerusi DAP yang kedua, setelah persaraan Dr. Chen Man Hin. Manakala jawatan Setiausaha Agung diambil alih oleh Kerk Kim Hock.
Beliau memenangi kawasan Ipoh Timur dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang partinya mencapai jumlah kerusi yang terbanyak bagi pihak pembangkang dan kembali menjadi Ketua Pembangkang Parlimen. Pada tahun 2004, beliau menolak perlantikan semula jawatan pengerusi dan Karpal Singh telah dilantik sebagai penggantinya. Lim dilantik dalam peranan penasihat sebagai ketua perbadanan yang baru ditubuh, yang digelar "Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik". Anak lelakinya, Lim Guan Eng, mengambil alih daripada Kerk Kim Hock sebagai Setiausaha Agung DAP pada masa ini.