Linguist List (Jawi: ليڠݢوءيست ليست ) ialah sumber dalam talian untuk bidang akademik linguistik. Ia diasaskan oleh Anthony Aristar pada awal tahun 1990 di Universiti Australia Barat,[1] dan digunakan sebagai rujukan oleh Yayasan Sains Kebangsaan Amerika Syarikat.[2] Ciri utama dan tertuanya ialah senarai mel elektronik pramoderasi, dengan pelanggan di seluruh dunia.