Litar bersepadu

Litar bersepadu

Litar bersepadu,[1] litar terkamil[2][3] (bahasa Inggeris: integrated circuit, disingkatkan kepada IC), kadangkala disebut sebagai litar mikro, mikrocip atau cip mikro adalah cip berlitar elektronik kecil biasanya 1 cm2 atau lebih nipis dalam dasar berasaskan bahan mengalir separa seperti silikon[2] dilengkapi beribu atau berjuta perkakasan semikonduktor saling bersambung, kebanyakannya transistor, termasuk juga komponen pasif seperti perintang. Litar bersepadu paling maju adalah mikropemproses, yang mengendali semua perkara dari komputer kepada telefon selular kepada ketuhar mikrogelombang. Cip ingatan komputer adalah keluarga cip bersepadu yang amat penting dalam masyarakat moden.

  1. ^ Kamus Inggeris-Melayu Dewan: an English-Malay dictionary, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992 - 1945 pages
  2. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "litar terkamil". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 33-34. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ Istilah Fizik Pengajian Tinggi, Bahasa Inggeris-bahasa Malaysia, Bahasa Malaysia-bahasa Inggeris, Volume 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia, 1983 - English language

Developed by StudentB