Logam alkali adalah satu siri kimia yang terdiri daripada unsur litium (Li), natrium (Na), kalium (K), rubidium (Rb), sesium (Cs) dan fransium (Fr).[1] Siri ini terletak di dalam blok-s jadual berkala[2] kerana semua logam alkali mempunyai elektron paling luar mereka di dalam orbital s.[3][4][5] Logam alkali memberikan contoh terbaik arah aliran berkala dari segi ciri-ciri;[3] setiap unsur memiliki perilaku yang serupa yang dikelaskan dengan baik dan tertentu.[3]
Semua logam alkali memiliki ciri-ciri yang amat serupa: kesemuanya bersinar, lembut, sangat reaktif dalam suhu dan tekanan piawai[3] dan senang mengeluarkan elektron paling luarnya untuk membentuk kation dengan cas +1.[6]:28 Logam-logam alkali boleh dipotong dengan pisau disebabkan kelembutannya. Apabila dipotong, ia mendedahkan permukaan bersinar yang menjadi kusam dengan cepat disebabkan oleh pengoksidaan.[3] Disebabkan kereaktifannya yang tinggi, ia perlu disimpan di dalam minyak untuk menghalang tindak balas dengan udara, dan ia biasanya ditemui secara semula jadi dalam bentuk garam serta tidak pernah ditemui dalam bentuk unsur tulen.[7] Dalam penamaan moden IUPAC, logam alkali merangkumi unsur-unsur kumpulan 1[nota 1] dengan hidrogen (H) dikecualikan; ia merupakan unsur kumpulan 1 pada nama sahaja[1][9] tetapi tidak dianggap sebagai logam alkali[10][11] kerana ia jarang memiliki sifat-sifat yang boleh dibandingkan dengan logam-logam alkali.[12] Kesemua logam alkali bertindak balas di dalam air, dan logam yang lebih berat bertindak balas dengan lebih ganas daripada logam yang lebih ringan.[3][13]
Semua logam alkali ditemui secara semula jadi. Mengikut urutan kelimpahan, natrium adalah logam yang paling banyak, diikuti dengan kalium, litium, rubidium, sesium dan akhir sekali fransium yang sangat jarang didapati disebabkan oleh keradioaktifannya yang tinggi. Ia ditemui dalam jumlah yang sedikit disebabkan kewujudannya dalam rantaian pereputan.[14][15] Uji kaji-uji kaji telah dijalankan untuk mensintesis unsur yang berkemungkinan menjadi ahli seterusnya di dalam kumpulan ini ununennium (Uue), tetapi sehingga 2012, kesemua cubaan telah berakhir dengan kegagalan.[16] Namun, ununnennium mungkin bukan sejenis logam alkali disebabkan oleh kesan relativiti yang diramalkan memberi kesan yang besar kepada ciri-ciri kimia unsur-unsur superberat,[17] dan walaupun akhirnya unsur ini disahkan sebagai salah satu logam alkali, ia diramalkan memiliki ciri-ciri kimia yang agak berbeza berbanding dengan unsur-unsur sekumpulannya yang lebih ringan.[18]:1729–1733
Kebanyakan logam alkali mempunyai pelbagai kegunaan berbeza. Kegunaan utama unsur logam alkali yang paling diketahui adalah jam atom rubidium dan sesium.[19] Penggunaan biasa sebatian natrium adalah di dalam lampu wap natrium yang mampu mengeluarkan cahaya yang sangat efisien.[20][21] Garam makan, atau natrium klorida, telah digunakan sejak dahulu kala. Natrium dan kalium adalah dua unsur-unsur penting yang memainkan peranan biologi yang penting sebagai elektrolit.[22][23] Walaupun logam-logam alkali yang lain tidak begitu penting, ia mempunyai kesan-kesan yang pelbagai ke atas tubuh badan, sama ada yang bermanfaat ataupun berbahaya.[24][25][26][27]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama RubberBible84th
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Greenwood&Earnshaw
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama OU
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama iupac
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Folden
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama hydrogen-halogen
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama webelements-occurrence
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama chemeducator
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Uue
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama atomic-clocks
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama lamp1
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama lamp2
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama webelements-potassium
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama webelements-sodium
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama webelements-lithium
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama webelements-rubidium
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama webelements-caesium
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama rsc-francium
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan