London لوندون | |
---|---|
Negara berdaulat | United Kingdom |
Negeri | England |
Kawasan | London |
Kaunti istiadat | Bandaraya London dan London Raya |
Daerah | Bandaraya dan 32 daerah perbandaran |
Diduduki oleh Rom | sebagai Londinium, sekitar 43 M |
Ibu pejabat | Dewan Bandaraya |
Pentadbiran | |
• Lembaga setempat | Lembaga London Raya |
• Dewan undangan setempat | Dewan Undangan London |
• Datuk Bandar London | Sadiq Khan |
• Parlimen UK - Dewan Undangan London - Parlimen Eropah | 74 kawasan 14 kawasan Kawasan London |
Keluasan | |
• London | 1,570 km2 (607 batu persegi) |
Aras | 24 m (79 ft) |
Penduduk (anggaran Julai 2010)[2] | |
• London | 7,825,200 |
• Kepadatan | 4,978/km2 (12,892/batu persegi) |
• Bandar | 8,278,251 |
• Metro | 13,945,000 |
Zon waktu | UTC±0 (GMT) |
• Musim panas (DST) | UTC+1 (BST) |
Kod-kod kawasan | 020, 01322, 01689, 01708, 01737, 01895, 01923, 01959, 01992 |
Laman sesawang | london.gov.uk |
London (IPA: /ˈlʌndən/ ( dengar)) ialah ibu kota England dan United Kingdom, dan juga kawasan metropolitan yang terbesar di United Kingdom. London yang terletak dekat Sungai Thames menjadi sebuah petempatan utama selama lebih dua ribu tahun, dengan sejarahnya yang bermula dengan penubuhannya oleh kerajaan Rom yang memanggilnya Londinium.[3] Teras purba London, iaitu Bandaraya London, masih banyak mengekalkan sempadan Zaman Pertengahannya yang seluas sebatu persegi. Semenjak selewat abad ke-19, nama London turut memaksudkan kota raya yang dibangunkan di keliling teras tersebut.[4] Sebahagian besar bandar gabungan ini membentuk kawasan London[5] dan kawasan pentadbiran London Raya[6] yang ditadbir oleh Datuk Bandar London dan Dewan Undangan London.[7]
London ialah sebuah bandaraya global peneraju yang cemerlang dalam bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan.[8] Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan terbesar di dunia[9][10][11] dan juga mempunyai KDNK bandaraya kelima tertinggi di dunia (dan yang terbesar di Eropah).[12] London pernah disifatkan sebagai ibu kota kebudayaan sedunia.[13][14] Ia dikunjungi oleh pelancong yang 'paling antarabangsa' di dunia[15] dan London Heathrow ialah salah sebuah lapangan terbang yang paling sibuk dengan penumpang antarabangsa.[16]Dengan 43 buah universiti, London merupakan tumpuan institusi pendidikan tinggi yang terbesar di Eropah.[17] Pada tahun 2012, London menjadi bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas moden sebanyak tiga kali.[18]
London didiami oleh penduduk-penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan dan agama, serta bertutur dalam lebih 300 bahasa.[19] Pada Julai 2010, dengan jumlah penduduk rasmi adalah 7,825,200, London Raya merupakan kawasan perbandaran yang paling ramai penduduknya di Kesatuan Eropah,[2][20] dan diduduki oleh 12.5% jumlah penduduk seluruh United Kingdom.[21] Kawasan metropolitan London adalah yang terbesar di EU dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sekitar 12 juta[22] hingga 14 juta.[23] London mempunyai jumlah penduduk teramai antara semua bandar di dunia pada tahun 1831 hingga 1925.[24]
Di London terdapat empat Tapak Warisan Dunia, iaitu: Menara London; Kew Gardens; tapak yang merangkumi Istana Westminster, Westminster Abbey, dan Gereja St Margaret; dan petempatan bersejarah Greenwich (di mana Balai Cerap Diraja (Royal Observatory) menandai Meridian Perdana (garis bujur 0°) dan GMT).[25] Antara mercu-mercu tanda lain yang terdapat di London ialah Istana Buckingham, London Eye, Piccadilly Circus, Gereja Besar St Paul, Jambatan Tower, Dataran Trafalgar dan Stadium Wembley. Di London juga terletaknya pelbagai muzium, balai seni, perpustakaan, tempat bersukan dan tempat-tempat kebudayaan yang sebagainya, termasuk Muzium British, National Gallery, Perpustakaan British, Wimbledon dan 40 buah panggung.[26]London Underground ialah rangkaian tren bawah tanah yang tertua di dunia[27] dan kedua terluas (mengekori Metro Shanghai).[28]
|deadurl=
ignored (bantuan); Cite journal requires |journal=
(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
|journal=
(bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
|deadurl=
ignored (bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Metro
|deadurl=
ignored (bantuan)