"Lupang Hinirang" ialah lagu kebangsaan Filipina. Ia bermula sebagai arah perbarisan ditempah oleh Emilio Aguinaldo, Presiden Filipina masa itu, dari Julian Felipe, untuk digunakan bagi pengistiharan kemerdekaan Filipina pada 12 Jun 1898. Judul perbarisan itu adalah Marcha Filipina Magdalo. Kemudian tajuk itu ditukar kepada Marcha Nacional Filipina apabila diambil sebagai baris kebangsaan national march.[1]
Kemudian, pada Ogos 1899, seorang penyair-askar bernama Jose Palma menulis puisi Filipinas dalam bahasa Sepanyol. Ia kemudiannya menjadi lirik lagu kebangsaan. Ketika tahun 1920-an, dengan pembubaran Undang-undang Bendera, kerajaan koloni Amerika Syarikat memutuskan untuk menterjemah lagu kebangsaan dari bahasa Sepanyol kepada bahasa Inggeris. Camilo Osias, dan seorang rakyat Amerika, A.L. Lane, melakukan terjemahan itu.
Akhirnya, ketika penggal Presiden Ramon Magsaysay, lagu kebangsaan diterjemah oleh Julian Cruz Balmaceda dan Ildefonso Santos kepada bahasa asli, bahasa Tagalog. Pada 26 May 1956, Lagu Kebangsaan, Lupang Hinirang mula dinyanyikan dalam bahasa Filipina. Revisi kecil dilakukan pada tahun 1962, dan ini merupakan versi akhir yang digunakan hari ini.
|journal=
(bantuan)