مجلس هيئة كبار العلماء | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 29 Ogos 1972 |
Jenis | Agensi kerajaan |
Eksekutif Agensi kerajaan | |
Agensi induk | Kerajaan Arab Saudi |
Majlis Ulama Kanan (Arab: مجلس هيئة كبار العلماء, rumi: Majlis Hay'at Kibar al-‘Ulama ) merupakan badan agama tertinggi di Arab Saudi yang berperanan menasihati Raja bagi perkara-perkara agama.[1][2][3] Majlis ini dilantik oleh raja dan dibiayai oleh pihak kerajaan. Sehingga tahun 2009, Majlis ini dianggotai oleh seramai 21 orang anggota.[2] Raja Fahd ibn Abdulaziz Al Saud menyambung ketetapan sebelum ini bagi mengadakan pertemuan mingguan dengan anggota Majlis yang diadakan di ibu negara, Riyadh.[4] Pada tahun 2010, Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud telah menitahkan hanya beberapa orang ahli Majlis dan beberapa orang ulama lain sahaja yang dibenarkan mengeluarkan fatwa di Arab Saudi..[2]