Mamalia Julat zaman:
| |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | Mammalia Linnaeus, 1758
|
Subbahagian hidup | |
Mamalia (Jawi: ماماليا ) ialah haiwan vertebrata berbulu atau berambut dalam kelas Mammalia; haiwan-haiwan betinanya yang menghasilkan susu daripada kelenjar mamari untuk memberi makan (menyusukan anak. Nama kelas ini dijejak kepada perkataan bahasa Latin iaitu mamma "payudara".[1]
Kira-kira 6,400 spesies mamalia yang masih wujud telah digambarkan dan dibahagikan kepada 29 order. Order yang paling besar ialah rodensia, kelawar dan Eulipotyphla (landak susu, tikus mondok, tikus kesturi, dan lain-lain); tiga order besar yang seterusnya ialah Primat (termasuk manusia, mawas, monyet dan lain-lain), Artiodactyla (setasea dan lain-lain), dan Carnivora (kucing, anjing, anjing laut dan lain-lain).