Manila | |
---|---|
Lokasi di Filipina | |
Koordinat: 14°35′45″N 120°58′38″E / 14.5958°N 120.9772°EKoordinat: 14°35′45″N 120°58′38″E / 14.5958°N 120.9772°E | |
Negara | Filipina |
Daerah | Mainilak Raya |
Wilayah | Mainilak Raya |
Barangay | 897 |
Tarikh asas | 24 Jun 1571 |
Pentadbiran | |
• Mayor of Manila[*] | Honey Lacuna |
• Pengundi | 1,133,042 (9 Mei 2022) |
Keluasan | |
• Jumlah | 24.98 km2 (9.64 batu persegi) |
Aras | 9.0 m (29.5 ft) |
Penduduk (1 Mei 2020) [2] | |
• Jumlah | 1,846,513 |
• Kepadatan | 74,000/km2 (190,000/batu persegi) |
• Bilangan rumah | 486,293 |
• Demonim | Manilan Manilan·on Manilenyo taga-Maynila manileño Manilano Manilène Manillaise Manillais manilense manileña Manilan·ën Manilčan Manilčanka |
Ekonomi | |
• Kelas pendapatan | special city income class |
• Kadar kemiskinan | 1.10% (2021)[3] |
• Hasil | ₱19,691,552,221.49 (2022) |
• Aset | ₱73,694,401,449.64 (2022) |
• Liabiliti | ₱26,765,129,719.17 (2022) |
• Perbelanjaan | ₱16,047,340,904.58 (2022) |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai Filipina) |
PSGC | 133900000 |
Kod kawasan | +63 (0)2 |
Jenis iklim | Iklim monsun tropika |
Bahasa peribumi | bahasa Tagalog |
Laman sesawang | manila |
Manila (bahasa Tagalog: Maynila) merupakan ibu negara Filipina yang terletak di timur Teluk Manila di pulau Luzon. bandaraya ini terletak di bahagian timur Teluk Manila di pulau terbesar dan paling utara Filipina, Luzon. Walaupun terdapat beberapa buat tempat kemiskinan, bandar ini merupakan salah satu bandaraya kosmopolitan dunia dan daerah metropolitannya merupakan pusat ekonomi, budaya, pendidikan dan industri negara ini. Manila sering disebut Mutiara Orient.
Manila merupakan sebuah daerah metropolitan dengan penduduknya melebihi 10 juta orang. Metropolis ini disebut Metro Manila, tetapi selalunya hanya disebut sebagai Manila oleh orang asing dan selain penduduk sana, terdiri daripada 17 bandar dan kawasan perbandaran. Rencana ini membincangkan bandarnya; lihat Metro Manila untuk rencana mengenai daerah metropolisnya. Bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 1,846,513 dalam isi rumah 486,293. Ia mempunyai luas 24.98 kilometer persegi dan ketinggian 9.0 meter di atas permukaan laut. Ia diberikan dengan kod kawasan telefon +63 (0)2 dan poskod .
Bandaraya ini merupakan bandar kedua terpadat di Filipina setelah banddar Quezon, bekas ibu negara Filipina.
Manila dan daerah sekitarnya dijadikan sebagai satu kesatuan sebagai Metro Manila untuk memudahkan pentadbiran daerah pertumbuhan yang agak cepat ini. Kini ini, bandar dan metropolisnya berjaya sebagai pusat budaya dan ekonomi. Tetapi bandar ini juga mempunyai masalah lebihan penduduk, kesesakan dan pencemaran.