Masakan Singapura

Sebuah pusat penjaja di Lavender, Singapura

Masakan Singapura (Jawi: ماسقن سيڠاڤورا) dapat menandakan kepelbagaian etnik kebudayaan Singapura. Makanannya dipengaruhi oleh penduduk Melayu asal, Cina majoriti, Indonesia, India serta juga tradisi Barat (khususnya Inggeris) sejak pengasasan jajahan Singapura oleh Empayar British pada zaman 1800-an. Kesan-kesan masakan Timur Tengah dan Thailand juga muncul dalam budaya makanan tempatan dalam sesetengah bentuk. Dalam gedung-gedung penjaja Singapura, contohnya, para tukang masak latar belakang Cina dipengaruhi oleh budaya India mungkin bereksperiman dengan perasa dan ramuan seperti asam jawa, kunyit dan minyak sapi, sementara tukang masak Tamil mungkin menyediakan sebuah hidangan mi goreng.

Fenomena ini membuat masakan Singapura suatu tarikan budaya. Sebahagian besar makanan siap dibeli di luar rumah dimakan di pusat penjaja atau pusat makanan, contohnya seperti Pasar Telok Ayer dan Newton Food Centre, berbanding di restoran sebenar. Pusat penjaja sebegini amat banyak dan murah, menggalakkan asas pengguna besar.

Makanan dapat dilihat oleh penduduk Singapura sebagai penting kepada identiti kebangsaan dan penyatu benang budaya; kesusasteraan Singapura sering seloroh hal memakan sebagai suatu hobi kebangsaan dan makanan sebagai ketaksuban atau "obsesi" nasional. Makanan merupakan topik perbualan kerap antara penduduk Singapura. Sekatan diet keagamaan memang ada; Muslim tidak memakan daging babi dan Hindu tidak makan daging lembu, dan ada juga kumpulan nyata vegetarian. Namun, orang-orang dari komuniti yang berbeza sering makan bersama, sementara sedar budaya masing-masing dan memilih makanan yang boleh diterima oleh semua. Ada juga beberapa restoran China ḥalal yang menyajikan diet sesuai ajaran Islam.

Makanan itu sendiri telah dipromosi sebagai daya tarikan bagi pelancong oleh Lembaga Pelancongan Singapura atau persatuan yang berurusan dengannya bersama-sama dengan membeli-belah. Kerajaan menganjurkan "Pesta Makanan Singapura" pada bulan Julai untuk merayakan masakan Singapura. Faham pelbagai budaya makanan tempatan, ketersediaan masakan antarabangsa dan gayanya, dan julat besar harga sesuai untuk semua tingkat belanja pada setiap hari dan tahun membantu mencipta "syurga makanan". Ketersediaan berbagai-bagai makanan ini sering dibantu oleh fakta bahawa pelabuhan Singapura terletak di sepanjang laluan strategik. Hidangan "mi Singapura" tidak wujud di Singapura, tetapi mungkin ditemui di restoran yang giat ingin menambah sedikit eksotisisme ke menunya.

Masakan ini mirip dengan masakan Malaysia kerana hubungan sejarah dan budaya erat antara kedua-dua negara. Sementara sejumlah hidangan umum untuk kedua-dua negara, persiapannya berlainan, sesuai dengan selera tempatan.

Memandangkan Singapura adalah sebuah negara kecil dengan kepadatan penduduk yang tinggi, tanah merupakan sumber daya berharga yang diutamakan untuk keperluan industri dan perumahan. Sebahagian besar bahan dan ramuan makanan diimport, walaupun masih ada sekelompok kecil petani tempatan yang menghasilkan beberapa jenis sayur daun, buah, ayam itik, and ikan. Kedudukan geografi Singapura menghubungkannya ke laluan pengangkutan udara dan laut utama dan dengan demikian membolehkan ia mengimport pelbagai bahan makanan dari seluruh dunia, termasuk makanan laut mahal seperti sashimi dari Jepun.


Developed by StudentB